Program NADI Kesejahteraan Kendiri di Hari Pesta SK ST. Patrick
8 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Bra’ang Bayur dan NADI Bengoh telah mengadakan satu Program NADI Kesejahteraan Kendiri bersama pengunjung yang hadir di Hari Pesta SK St. Patrick.
Objektif program ini merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri. Saringan kesihatan HPV untuk wanita dan kesedaran serangan jantung untuk lelaki serta pemantauan kesihatan kendiri dan sokongan gaya hidup sihat. Selain itu, ketersediaan maklumat berkenaan autism dan penjagaan warga emas. Kami telah membuat saringan kesihatan kepada pengunjung yang hadir.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak NADI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: