Nadi Safe: Pertandingan Poster Digital: Anti -Dadah

23 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 April 2025, telah berlangsung Pertandingan Poster Digital bertemakan “Anti-Dadah” yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SK Pelaman Sigandar. Pertandingan ini telah disertai oleh 5 orang pelajar yang penuh semangat dan kreativiti.

Menggunakan aplikasi Canva, peserta berjaya menghasilkan poster-poster yang menarik dan berinformasi dalam menyampaikan mesej bahaya dadah kepada masyarakat. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal dalam kalangan pelajar tentang kesan buruk penyalahgunaan dadah serta memupuk nilai murni melalui seni digital.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Teruskan melangkah sebagai ejen perubahan dalam komuniti!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali