Nadi Safe: Pertandingan Poster Digital: Sayangi Sungai Kita

7 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2025, telah berlangsung Pertandingan Poster Digital bertemakan “Sayangi Sungai Kita” yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SK Pelaman Sigandar. Pertandingan ini telah disertai oleh 6 orang pelajar yang menunjukkan kreativiti dan semangat tinggi dalam menyampaikan mesej pemeliharaan alam sekitar melalui seni digital.

Menggunakan aplikasi Canva, para peserta berjaya menghasilkan poster yang menarik dan berinformasi tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai serta peranan individu dalam memelihara sumber air. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu pencemaran sungai serta memupuk nilai cinta alam sekitar sejak usia muda.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan hasil kerja yang membanggakan. Sayangi sungai kita, sayangi masa depan kita!
#SayangiSungaiKita #PosterDigital #SKPelamanSigandar #PanitiaPendidikanMoral #NADIKgBraangBayur #CintaAlamSekitar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali