KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
27 Ogos Julai 2025 | Aktiviti TerkiniMCMC KCHBO telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Serian Tebedu dan Kluster Kuching bertempat di SK St. James Rayang, Bau pada 26 Ogos 2025.
Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada wakil NADI Kluster Serian Tebedu & Kluster Kuching.
Peserta Seramai 54 jumlah murid terlibat yang terdiri daripada murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 dengan pecahan seperti berikut:
Pra Sekolah: 20 orang
Tahap 1: 19 orang
Tahap 2: 15 orang
Pelaksanaan Aktiviti
RSP Modul 1 & 2
Ikon K-DAT
Ikon K-DAT (Guru): Cikgu Peter Tayom
Jawatan: Guru Bestari
Ikon K-DAT (Murid): Ferliscia Ivyliana Patricia
Pelajar Tahun 6
Dapatan Hasil Program
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan. Selain itu, guru juga memberi maklum balas positif dan menyatakan program ini membantu menyokong usaha mereka dalam mendidik murid tentang keselamatan digital serta memberi sokongan tinggi terhadap pelaksanaan program advokasi keselamatan siber secara berkala.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: