NADI-NATURE (DiLea-Bahasa Inggeris)/NADI-MAHIR PERTANIAN PINTAR/ NADI MAHIR-JAHITAN

8 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas DiLea untuk Subjek Bahasa Inggeris yang disertai oleh 2 orang pelajar, NADI-MAHIR Pertanian Pintar yang disertai oleh seorang peserta dan NADI-MAHIR Jahit disertai oleh seorang peserta.

DiLea NADI Nurture ialah platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan pengalaman pendidikan inovatif di Malaysia melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Dengan pendekatan digital, DiLea menyediakan kelas secara langsung, penilaian berterusan, serta bimbingan yang menyeluruh untuk memastikan pelajar mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Modul Pertanian Pintar Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Kami berharap agar kelas ini memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali