TAKLIMAT MyDigital ID BERSAMA KOMUNITI MADANI

14 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Braang Bayur telah berjaya menganjurkan Taklimat MyDigital ID bersempena program NADI x Komuniti MADANI, dengan kehadiran wakil daripada dua Komuniti MADANI:
-KM Kg. Bratan
-KM Kg. Braang Payang

Taklimat ini bertujuan memberi kefahaman kepada komuniti tentang kepentingan dan kaedah penggunaan MyDigital ID – satu inisiatif identiti digital kerajaan Malaysia yang selamat dan mudah digunakan untuk pelbagai urusan dalam talian.

Antara pengisian utama program:
-Pengenalan kepada MyDigital ID
-Cara pendaftaran dan penggunaan
-Aspek keselamatan siber
-Sesi soal jawab bersama peserta

Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Latihan NADI Kg. Braang Bayur, dengan sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua peserta dan rakan kerjasama yang menjayakan program ini.

MyDigital ID: Langkah ke hadapan dalam era digital negara!

#MyDigitalID
#NADI
#NADIKgBraangBayur
#KomunitiMadani
#NADIXKomunitiMADANI
#DigitalUntukRakyat
#KampungDigital
#KPLB
#CelikDigital
#SebaranMaklumat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali