KEMPEN INTERNET SELAMAT: KAWALAN KENDIRI & PEMIKIRAN KRITIS UNTUK REMAJA
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniKempen ini menyasarkan pelajar berumur 13–17 tahun dengan objektif memberi kesedaran tentang keselamatan di alam digital, termasuk risiko pendedahan maklumat peribadi, pengantunan seksual dalam talian, serta kemahiran mengenal pasti maklumat palsu.
Pengisian program selama 80 minit:
Aktiviti Pecah Ruyung – Penetapan minda yang mencetus minat
Fakta atau Auta – Bezakan maklumat benar dan palsu
Detektif Jejak Digital – Fahami kesan jangka panjang pendedahan maklumat
Red Flag – Kenali tanda-tanda awal bahaya dalam talian
Nilai Ihsan, Kesejahteraan dan Hormat turut diterapkan sepanjang program, sejajar dengan usaha melahirkan remaja yang celik digital dan bertanggungjawab.
#InternetSelamat
#MCMCKuching
#NADIKlusterKuching
#SMKJalanArang
#CelikDigital
#SekolahSelamat
#PemikiranKritisRemaja
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: