NADI X CYBERSECURITY, NADI TINYTECHIES (PYTHON) & ESUKAN AWARENESS TERAS 3

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan NADI X Cybersecurity yang disertai oleh seorang peserta, NADI-TINYTECHIES (Python) disertai oleh 2 orang peserta dan ESUKAN Awareness Teras 3.

NADI X Cybersecurity ialah webinar memahami ancaman keselamatan siber serta langkah-langkah perlindungan yang perlu diambil!

Tiny Techies Workshop – PYTHON telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan remaja berumur 16 hingga 17 tahun. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada asas pengaturcaraan Python, sekaligus mengasah kemahiran teknologi mereka. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta bukan sahaja mempelajari teknik pengekodan tetapi juga mengembangkan daya kreativiti serta inovasi dalam menyelesaikan masalah. Program ini turut memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan teknologi dalam era digital, seterusnya meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Peserta yang terlibat hadir ke NADI untuk mengikuti kelas kesedaran NESDEG Teras 3 – Pemantauan dan Perlindungan kepada Kanak-Kanak. Peserta menonton video kesedaran hingga akhir serta mendapat input mengenai perlindungan kepada kanak-kanak dengan baik.

Kami berharap agar kelas ini memberi manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali