NADI AWARENESS PENYERTAAN PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL “SIBER BULI”

18 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mac 2025 (Isnin), seramai 6 orang murid SK Pelaman Sigandar telah menunjukkan kreativiti dan bakat mereka dalam Pertandingan Reka Poster Digital bertemakan “Siber Buli”.

Pertandingan ini telah berlangsung dari 2:00 - 3:30 petang dan diadakan di Bilik Latihan NADI Kg. Braang Bayur.

Program anjuran NADI ini terbuka kepada murid-murid berumur 7 hingga 12 tahun dari Perak, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Selain memupuk kreativiti murid dalam menghasilkan poster digital, pertandingan ini juga memberi kesedaran tentang isu penting berkaitan siber buli.

Setiap peserta akan menerima e-sijil penyertaan dan turut berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM200!

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas usaha dan semangat yang ditunjukkan! Semoga terus cemerlang dalam pertandingan akan datang!.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali