KELAS PEMOHONAN KERJA MELALUI EMAIL DENGAN BANTUAN CHATGPT
19 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniHari ini 18 Mac 2025 di NADI Kg Braang Bayur, seramai 7 orang peserta lepasan SPM telah mengikuti Kelas ICT: Pemohonan Kerja Menggunakan Gmail & AI ChatGPT.
Mereka diberi pendedahan tentang:
Cara menulis surat permohonan kerja yang efektif menggunakan AI ChatGPT
Langkah-langkah menghantar permohonan kerja secara rasmi melalui Google Email (Gmail)
Tips & etika menghantar emel profesional kepada majikan
Peserta berjaya menghasilkan surat masing-masing dan menghantar emel permohonan sebenar kepada fasilitator sebagai latihan. Semangat peserta hari ini sangat membanggakan!
Teknologi AI + kemahiran digital = persediaan terbaik untuk alam pekerjaan.
Tahniah kepada semua peserta!.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: