E-SUKAN – PERTANDINGAN MLBB MUSIM KE-3 (PERINGKAT NEGERI SARAWAK)

16 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pasukan NADI Kg. Braang Bayur mengharungi empat perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan keputusan berikut: PERLAWANAN 1
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Beladin
Keputusan: MENANG (26 – 24)
Perlawanan sengit yang memihak kepada pasukan Braang Bayur melalui permainan berpasukan yang kemas dan tersusun.
PERLAWANAN 2
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Sadong Jaya
Keputusan: KALAH (4 – 17)
Pasukan menunjukkan usaha terbaik, namun terpaksa akur kepada kehebatan pasukan Sadong Jaya yang kekal konsisten sepanjang pertandingan.
PERLAWANAN 3
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Fort Renee
Keputusan: KALAH (20 – 45)
Walaupun tewas, pemain-pemain Braang Bayur berjaya mempamerkan beberapa gerakan menarik serta semangat juang yang tinggi.
PERLAWANAN 4
NADI Kg. Braang Bayur vs NADI Serasot
Keputusan: MENANG TANPA BERTANDING
Pasukan Serasot menarik diri kerana kekurangan pemain, memberikan kemenangan teknikal kepada pasukan Braang Bayur.
PENUTUP PERINGKAT KUMPULAN – KUMPULAN K
Dengan berakhirnya semua perlawanan dalam Kumpulan K, pasukan NADI Kg. Braang Bayur menamatkan saingan di kedudukan ke-5.
NADI Sadong Jaya pula akan mara ke pusingan seterusnya dengan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan kumpulan. Tahniah diucapkan atas prestasi cemerlang mereka.
Walaupun tidak berjaya mara, NADI Kg. Braang Bayur tetap menampilkan peningkatan, kesungguhan, dan disiplin sepanjang pertandingan. Terima kasih kepada semua pemain serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan!.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali