KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS)
29 November 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Kg Braang Bayur telah melaksanakan program Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama NADI Bengoh bertempat di SK Pelaman Sigandar pada 28 November 2025.
Jumlah fasilitator yang hadir bertugas adalah seramai 3 orang yang terdiri daripada wakil NADI Kluster Kuching.
Peserta
Seramai 25 jumlah murid terlibat yang terdiri daripada murid Pra.
Ikon K-DAT (Murid): Ferliscia Ivyliana Patricia
Dapatan Hasil Program
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian. Setiap peserta telah menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan. Selain itu, guru juga memberi maklum balas positif dan menyatakan program ini membantu menyokong usaha mereka dalam mendidik murid tentang keselamatan digital serta memberi sokongan tinggi terhadap pelaksanaan program advokasi keselamatan siber secara berkala.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: