TAKLIMAT KESEDARAN
6 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPerisian Merbahaya & Laman Web Berbahaya
Tarikh: 5 Jun 2025
Lokasi: NADI Kg. Braang Bayur
Pada 5 Jun 2025, dua taklimat kesedaran keselamatan digital telah berjaya dilaksanakan di NADI Kg. Braang Bayur. Program ini telah disertai oleh 3 orang peserta dan memberi fokus kepada isu-isu keselamatan digital yang semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan pengguna muda.
Taklimat Perisian Merbahaya (3:00 – 4:00 PM)
Peserta didedahkan tentang risiko perisian merbahaya (malware), tanda-tanda komputer atau telefon telah dijangkiti, serta langkah pencegahan yang perlu diambil.
Taklimat Laman Web Berbahaya (4:00 – 5:00 PM)
Slot kedua memberi pendedahan tentang bahaya melayari laman web mencurigakan dan taktik penipuan siber yang sering berlaku, termasuk cara melindungi maklumat peribadi ketika berada atas talian.
Program ini merupakan inisiatif NADI x Kesedaran yang dianjurkan di bawah SSO NERA, khusus untuk peserta daripada Sabah, WP Labuan, Sarawak dan Perak.
Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada peserta mengikut umur yang ditetapkan.
Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#NADIBraangBayur #KesedaranDigital #PerisianMerbahaya #LamanWebBerbahaya #SSONERA #NADIxKesedaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: