WEBINAR | LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniNADI Kg. Braang Bayur
13 Jun 2025 (Jumaat)
Disertai oleh 2 orang peserta
Satu sesi webinar bertajuk "Lindungi Identiti Digital Anda" telah berjaya dilaksanakan di NADI Kg. Braang Bayur pada 13 Jun 2025. Program ini merupakan inisiatif keselamatan siber di bawah NADI Cybersecurity dan diadakan secara dalam talian melalui Zoom.
Antara topik yang dipelajari:
Kebocoran data & serangan siber
Pengenalan kepada Dark Web dan risiko digital
Teknik “Less Target, Less Risk (LTLR)”
Bonus: Demonstrasi keselamatan digital & serangan sebenar
Peserta diberikan pendedahan penting mengenai cara melindungi diri daripada ancaman siber serta langkah berjaga-jaga semasa berada dalam talian. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada ahli NADI yang berdaftar.
"Ilmu itu lebih baik daripada kekayaan, kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu."
— Ali bin Abi Talib
#NADIBraangBayur #LindungiIdentitiDigital #KeselamatanSiber #NADICybersecurity #WebinarDigital #StaySafeOnline.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: